Friday, 10 January 2014

Perkara yang boleh membawa kepada kefakiran.

Perkara yang boleh membawa kepada kefakiran.

Nota Tanyalah ustaz- Tajuk bodoh sombong. Ustaz Abdullah Mahmud.

Mengikut penelitian ustaz orang dulu suka kata orang tua-tua yang kata dan larang. Sebetulnya bukan orang tua-tua kata tetapi para ulama sebagai contohnya jangan lambung kain nanti harimau masuk kampung. Ulama pewaris Nabi.

10 amalan boleh membawa kefakiran.

  1. Makan ketika berjunub, makan ketika belum mandi wajib. Kena pesan pada anak-anak yang hendak berkahwin.
  2. Pakai seluar ketika berdiri. Pakai seluar kena sambil duduk.
  3. Pakai serban ketika duduk. Pakai serban kena sambil berdiri.
  4. Jahit baju, pakaian pada badan. Jangan jahit baju pada badan.
  5. Terus balik selepas sembahyang subuh. Kena duduk dulu sebentar. Sekurang-kurangnya baca sampai Allahummaantassalam ......
  6. Doakan keburukan pada anak-anak. Anak-anak ni walau apa pun dia buat pada kita kena doakan yang baik-baik.
  7. Memadam lampu contohnya lilin dan pelita dengan meniup. Lilin dan pelita kena dipadamkan dengan kibas umpamanya.Kena lkibas dengan tangan. Ingat orang tua dulu bila nak padam lilin, dia kibas.
  8. Membiarkan rumah dengan sawang, sarang labah-labah.
  9. Tidur telanjang.
  10. Jalan melintasi orang tua dan melihat mukanya. Seelok-eloknya jangan memotong orang tua berjalan seperti yang dilakukan oleh Saidina Umar Al Khatab. Saidina Umar menapak perlahan di belakang orang tua bukan islam , yahudi sehingga sampai di masjid. Sehinggakan malaikat menahan Rasulullah ketika hendak bangun dan takbir serta disitulah bermulanya kita dapat rakaat ketika sempat rokuk disebabkan menunggu Saidina Umar Al Khatab. Begitu mulianya tindakan Saidina Umar. Jangan potong orang tua berjalan dan tengok muka dia.

Nasihatkan bila pakai kain pelikat, biarkan cap contohnya Gajah duduk di bahagian atas sebab boleh ganggu orang sembahyang. 





No comments:

Post a Comment