Khutbah
ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
:
“Wahai
manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada
hari ini.
Wahai
manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai
suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah
suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah
kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia
pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah
mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan
sekarang.
Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai
Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai
hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu,
maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih
sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang
setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak
boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.
Wahai
Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan
Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah
Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah
saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun
yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah,
bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung
jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah
agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai
Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku
dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan
betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada
kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya
kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu
tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang
lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku
sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
Sumber
dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Layari http://www.islam.gov.my/
No comments:
Post a Comment