Penyakit Batu Karang: Punca dan Rawatan
by editor on Oct 12, 2013 • 8:57 pm No Comments

Menikmati makanan enak menjadi budaya dalam masyarakat kita. Perkara yang sering bermain di fikiran ialah apakah hidangan lazat yang ingin kita nikmati hari ini, bukan apakah makanan sihat yang harus diambil untuk mengekalkan kesihatan tubuh.
Ramai
orang kita yang sakit bukan disebabkan tidak cukup makan, sebaliknya kerana
terlebih makan. Tahap kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan
sihat masih kurang.
Jika
ada kesedaran sekalipun, kadangkala ia diketepikan demi memenuhi tuntutan nafsu
makan biarpun tahu makanan berkenaan boleh memudaratkan.
Pakar Perunding Urologi, Dr Warren Lo Hwa Loon berkata,
tanpa disedari, makanan yang kita makan kerana keenakannya atau diambil kerana
inginkan khasiatnya sebenarnya boleh mengundang penyakit jika diambil secara
berlebihan.
Menurutnya,
banyak makanan boleh menjadi punca batu karang iaitu struktur keras menyerupai
kristal yang terbentuk daripada bahan mineral. Ia boleh terbentuk di bahagian
antara ginjal hingga ke saluran kencing.
Buah pinggang berperanan sebagai alat penapisan bahan toksik. Mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan.
Apabila tubuh seseorang kekurangan air, bahan ini boleh membentuk
kristal dan seterusnya menjadi batu karang.
“Biasanya, batu karang terbentuk di ginjal, tetapi
kadangkala ia boleh beralih atau jatuh dan tersangkut di dalam saluran buah
pinggang (ureter) dan ini akan menyebabkan buah pinggang tersumbat dan rosak,”
katanya.
Menurutnya, batu karang juga adalah unsur kuman yang boleh
menyebabkan masalah kencing kotor serta pendarahan dalam kencing.
Biasanya seseorang rasa sakit disebabkan:
• Batu karang besar yang menyumbatkan buah pinggang
• Batu karang besar yang menyumbatkan buah pinggang
• Buah pinggang tersumbat disebabkan batu yang tersangkut di
saluran buah pinggang
• Kencing kotor yang bertukar menjadi nanah apabila
berkumpul dengan lama dalam buah pinggang yang tersumbat.
Jenis batu karang
• kalsium
• asid urik
• struvite (batu magnesium ammonium fosfat)
• cystine
• kalsium
• asid urik
• struvite (batu magnesium ammonium fosfat)
• cystine
Batu karang yang boleh dikesan sinaran X ialah batu kalsium
fosfat, batu kalsium oxalate dan batu struvite. Ada batu karang yang tidak
dapat dikesan dengan sinaran X tetapi biasanya dapat dikesan dengan ultrasound
atau CT scan, misalnya batu asid urik dan batu cystine.
“Batu yang membesar dalam ginjal mungkin mengambil masa lama
untuk terbentuk, dari beberapa tahun hingga berpuluh-puluh tahun.
“Kadar pembentukan batu tidak sama, ada individu mendapat
batu karang yang saiznya masih sama biarpun selepas 10 tahun,” katanya.
Satu daripada 20 orang dijangka menghidap penyakit batu
karang. Lelaki lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding wanita dengan
nisbah 3:1. Ini disebabkan hormon lelaki boleh meningkatkan bahan mineral yang
membentuk batu.
Kejadian batu karang kerap terjadi pada individu berusia
antara 20 hingga 50 tahun dan penyakit ini biasanya berulang. Ia kerap berlaku
kepada orang putih dan Asia kerana genetik dan jarang berlaku dalam kalangan
orang Afrika.
Faktor risiko
• 25% daripada pesakit mempunyai sejarah keluarga yang juga
menghidap penyakit batu karang
• kerap berlaku di negara bercuaca panas
• gaya hidup yang kurang aktif
• dehidrasi (minum air kurang 1,200 mililiter sehari)
• pemakanan tinggi protein haiwan, tinggi sodium/garam, dos
vitamin C dan D yang tinggi
• jangkitan kuman saluran kencing yang berulang. Bakteria
yang menghasilkan urease (enzim yang memangkinkan hidrolisis urea kepada amonia
dan karbon diaoksida) membuatkan seseorang cenderung kepada pembentukan batu
karang
Ketidakseimbangan tahap kalsium dalam badan boleh
menyebabkan pembentukan batu. Selain itu, lebihan asid urik pada tahap tinggi
boleh menyebabkan batu karang.
Pembentukan batu karang boleh dicegah dengan banyakkan minum
air serta kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang.
Gejala
• kencing berdarah
• sakit belakang/kawasan pundi kencing
• wujud butiran pasir di dalam air kencing
• jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)
• demam dan badan menggigil
• kencing kotor
• sakit belakang/kawasan pundi kencing
• wujud butiran pasir di dalam air kencing
• jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)
• demam dan badan menggigil
• kencing kotor
Rawatan
Jika wujud gejala batu karang, segera berjumpa doktor.
Doktor akan menjalankan ujian darah dan air kencing, sinaran X, ultrasound dan
CT scan.
Pesakit yang mempunyai batu karang kecil digalakkan supaya
meminum banyak air. Ubat tahan sakit juga akan diberi sekiranya pesakit
mengalami kesakitan.
Doktor juga mungkin memberi ubat yang membantu merapuh dan
meleburkan batu karang yang akhirnya akan keluar melalui air kencing.
Ada juga ubat membantu mengeluarkan batu karang dalam
saluran buah pinggang dengan lebih cepat. Ubat sebegini melonggarkan saluran
ureter dan menyebabkan batu karang jatuh ke pundi kencing, seterusnya keluar
bersama air kencing.
Kaedah memecahkan batu karang di buah pinggang, saluran buah
pinggang dan pundi kencing:
1) Extracorporeal Kejutan Gelombang Lithotripsy (ESWL)
• kaedah pemecahan batu karang terbentuk dalam buah pinggang
dan saluran buah pinggang tanpa membabitkan pembedahan
• membabitkan tembakan gelombang yang menghancurkan batu
karang
• kaedah ini memakan masa kira-kira satu jam dan batu karang
yang hancur keluar menerusi air kencing
• sesuai untuk batu karang kecil yang boleh dikesan sinaran
X
• pesakit tidak perlu dibius seluruh atau separuh badan
• rawatan pesakit luar
2) Nefrolitotomi Perkutaneus (PCNL)
• pembedahan untuk membuang batu karang besar di buah
pinggang
• tebukan menembusi buah pinggang dan batu karang akan
dipecahkan menggunakan tenaga ultrasound
3) Litotripsi Ureteroskopi (URS)
• pembedahan untuk membuang batu karang di saluran buah
pinggang
• kaedah ini menggunakan skop yang dimasukkan melalui
saluran kencing dan naik ke saluran buah pinggang
• batu karang tersangkut di saluran buah pinggang akan
dipecahkan menggunakan cara pneumatik atau laser melalui skop
4) Vesikolitotripsi
• ini pembedahan untuk memecahkan batu di pundi kencing
• kaedah ini membabitkan skop yang membawa punca tenaga yang
boleh memecahkan batu
Pencegahan/panduan
• banyakkan minum air
• kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu
karang
• elakkan mengambil vitamin C melebihi empat gram (g) sehari
kerana ia membawa risiko pembentukan batu karang
• protein haiwan tidak patut dimakan secara berlebihan
kerana protein ini banyak menyebabkan kejadian batu karang. Jumlah maksimum
protein haiwan yang disyorkan untuk pemakanan kira-kira 150g/sehari
No comments:
Post a Comment